'Dihadapan' atau 'Di hadapan'???

Salam,

Semalam ada pelajar yang menulis 'dihadapan' dalam karangannya. Adakah betul frasa 'dihadapan'?

Secara ringkas, situasinya begini:

1. di + kata nama (biasanya merujuk kepada tempat)

Contoh : di Johor, di kelas, di rumah, di jiwa.

- 'di' harus dijarakkan dengan kata nama.

2. di + kata kerja (perbuatan)

Contoh : dicuci, dinyanyikan, disembunyikan, disertai

-'di' harus didekatkan dengan kata kerja.

Harap pelajar tidak terkeliru mengenai penggunaan kata sendi 'di' selepas ini.

- Cikgu Syida-

Comments

  1. Jadi jawapannya di hadapan ke dihadapan...hadapan bukan kata nama atau kata kerja...itu kata arah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapannya di hadapan kerana 'hadapan' merujuk kepada arah seperti 'di atas' dan 'di bawah'

      Delete

Post a Comment

Popular Posts