Kesedaran tentang Kesukaran Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak

Kami menonton filem Taare Zameen Par (Every Child is A Star on Earth). Ia adalah filem Hindustan yang sangat menarik. Walaupun ia bukan dalam Bahasa Melayu, Cikgu masih memilih filem ini sebagai pencetus idea dan pengenalan kepada projek Kesedaran tentang Kesukaran Pembelajaran dalam Kalangan Kanak-kanak. Rata-rata tindak balas yang Cikgu terima daripada pelajar adalah sangat memberangsangkan dan agak mengharukan. Ketika menonton filem ini, ada pelajar yang mengambil tisu, ke tandas untuk membasuh muka dan ada juga yang mengalirkan airmata.

Filem hebat arahan Aamir Khan ini mengisahkan tentang Ishaan yang mengalami disleksia, tetapi hampir gagal dan berputus asa kerana tiada sesiapa yang memahami kesukarannya sehinggalah seorang guru seni bernama Ram Shankar Nikumbh menggantikan guru seni sedia ada di sekolah berasrama penuh yang dihadiri Ishaan.

Pelajar-pelajar memilih dan mengkaji kesukaran pembelajaran kanak-kanak lalu membuat poster kesedaran yang diletakkan di luar kelas untuk tatapan guru-guru, ibu bapa dan pelawat sekolah.

We watched Taare Zameen Par. It is an interesting Hindustani film. Even though it is not in Bahasa Melayu, I still chose it as an introduction to our project of Difficulty in Learning Among Children Awareness. Overall, the response that I received was fascinating and great. While watching this movie, some of my high school students went to get tissue, some went to the bathroom to watch face while some just cried in class.

The great film directed by Aamir Khan revolved around the life of a boy named Ishaan who was struggling with dyslexia but none seems to understand his difficulty until the temporary art teacher, Ram Shankar Nikumb appears and turns his life around.

Students chose and researched on the difficulty in learning among children and made an awareness posters which were put on the window to be read by teachers, parents and visitors.

Comments

Popular Posts